Isnin, 25 April 2016


BERTUNANG

Ada nasihat dari seorang Brother yang sudah bernikah . Orang berpengalaman katakan .
‘ Ini tips penting . Andai saudara dan saudari yang sudah dalam ikatan , sama ada merisik pra pertunangan ataupun sedang bertunang . Tiba tiba bermimpikan orang lain setelah Istikarah sekali dua atau seminggu dua . Sila ABAIKAN sahaja mimpi itu andainya calon yang sudah ada ikatan dengan anda itu sudah pun ternyata baik . Kedua dua keluarga sudah setuju dan termeterai janji untuk berbesan pun . Yang anda nampak dalam mimpi tidak boleh dikira pakai pun . Sebab , anda sendiri beranikah ‘potong jari’ dan declare itu adalah petunjuk dari Tuhan ? Mungkin jua penyamaran dari Syaitan . Siapa tahu ?
Ingat , bila anda DALAM IKATAN , Syaitan akan cuba MELERAIKAN anda berdua dengan pelbagai cara . Sekirannya Syaitan itu gagal mencucuk kesetiaan anda berdua , maka ia akan menikam jarumnya pada orang lain sehingga orang lain itu berjaya MEMISAHKAN anda dengan pasangan . Anda sudah pun Istikarah dan yakin dengan ikatan yang anda buat dulu . Kenapa nak was – was lagi ? Cekalkan hati . Fokus pada yang satu . Baiki lagi kehidupanmu ke arah yang lebih baik . Fikir dan tumpu untuk hidup berkeluarga dengan lebih baik . Abaikan pemilihan calon atau mempertimbangkan calon – calon lain . Tutup mata zahir dan mata hati untuk ORANG LAIN . Yakini pada SATU . Anda akan bahagia . ‘
Huh ! Dahsyat ! Besarnya ujian sepanjang ikatan pertunangan . So , jangan tunang lama – lama . Deraskan dengan ikatan pernikahan . Yang datang menganggu dan cuba mendekatimu atau menguratmu setelah tahu kamu ada dalam ikatan , itu semua sebahagian dari SYAITAN – SYAITAN bernama manusia gatal . Jangan dok kacau rumahtangga orang lah !