Isnin, 23 November 2015


AIR BANDUNG CINCAU YOGURT

Air bandung. Air nih jumpa masa bulan Ramadhan je. Baba beli air nih je sepanjang bulan Ramadhan. Yang peliknya, kami semua minum air bandung. Dia minum air tebu. Haha..
Maknanya, dia beli air bandung untuk kami dan air tebu untuk dia. Hihi
Tapi, air bandung kali nih saya masukkan yogurt. Sedap !
Cuba buat, gerenti korang suka !


BAHAN-BAHAN :

Plain yogurt
Cincau
Susu pekat
Sirap

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Senang jelah..

Campur je semua bahan kat atas tuh ikut banyak mana korang nak. Pastu, bubuh ais.

Siap ! Senang, kan ? Hihi



AIR SOYA HOMEMADE

Air soya. Minuman yang berkhasiat, kan ? Sedap lak tuh. Memang kerap sangat buat air nih bila selongkar dapur dan terjumpa kacang soya. Hehe..
Jom baca resepinya.


BAHAN-BAHAN :

3 cawan kacang soya ( ikutlah banyak mana )
1200L air
3/4 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
Daun pandan

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Rendam kacang soya selama 4 jam dalam air.

Selepas 4 jam berlalu, toskan kacang soya dan blend bersama air. Air jangan letakkan terlalu sikit. Kalau boleh samaratakan dengan isipadu kacang dalam blend. Atau lebih sedikit supaya blender boleh blend kacang dengan mudah tanpa tersekat-sekat, okay.

Dah blend sampai smooth, terus tapiskan guna penapis jenis kain. Takde penapis macamtuh, boleh guna kain yang bersih dan perah sekuat mana korang boleh.

Lepas dah perah, masukkan gula, daun pandan ( ikat simpul ) dan susu pekat.
Kemudian, masak atas api sederhana besar sampai mendidih atau menggelegak.

Done ! Jemput minum :)



MENTEGA KACANG HOMEMADE

Kacang. Actually, saya tak berapa hadam sikit kacang sebab allergic. Haha
Tapi, penangan kacang memang tak boleh blaahh. Agak susah jugak saya menahan diri daripada makan kacang walaupun seketul. Hehe
So, saya share sajelah yea. Korang ambiklah resepi nih, saya bukan boleh makan pun, hahaha :p


BAHAN-BAHAN :

1/2 mangkuk kacang tanah ( ikut banyak korang nak )
Minyak masak/ jagung
Gula halus

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Sangai kacang sampai garing. Jangan sampai hangus taw..

Pastu, buang kan kulitnya. 

Kemudian, blend kacang dengan gula sampai smooth baru masukkan minyak. Ingat, masukkan minyak sedikit demi sedikit. 

Pastikan korang blend sampai nampak berminyak atau berlemak sikit. Haha

Siap ! Senang je kan ?




KENTANG CHEESE

Yummy ! Cheese, sape tak suka cheese. Dengan kentang pulak tuh. Memang super duper yummyyy !
Moh tengok acane nok buat . Hehe :p


BAHAN-BAHAN :

2/3 biji kentang
Tepung gandum
Serbuk roti
Air suam-suam panas
Keju cheddar

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Senang je.. Hehe

First, rebus kentang sampai lembut empuk gitu kemudian lenyekkan. Ikutlah nak lenyek halus mana. Nak kasar mana.

Bila dah lenyekkan, campurkan garam dengan tepung gandum. Sebatikan sambil masukkan air suam sedikit demi sedikit supaya adunan tak cair sangat atau kering sangat. Pandai-pandailah korang agak ye :p

Pastu, bulat-bulatkan adunan kentang tuh ikut saiz yang korang nak. Jangan lupa buat ruang sikit kat tengah untuk keju cheddar. Dah ade ruang, masukkan keju dan bulatkan adunan kentang tuh balik.

Kemudian, gaul dengan serbuk roti. Dan masukkan ke dalam minyak sederhana panas.

Done ! :)






NUGGET AYAM HOMEMADE


BAHAN-BAHANNYA :

Semangkuk isi ayam
Tepung jagung
Serbuk roti
Telur
Minyak masak

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Gaulkan isi ayam bersama garam.

Celupkan ke dalam tepung jagung.

Kemudian, celupakan ke dalam telur.

Celupan terakhir ke dalam serbuk roti.

Kemudian, goreng dengan minyak yang sederhana panas.

Done ! :)





SAMBAL TUMIS BILIS

Tadaaa ! Nih lagi salah satu makanan favourite saya :)
Masa study kat KL dulu, ada kawan belanja nasi lemak. Nasi lemak Makcik tuh memang heaven ! Double thumbs up untuk dia, hehe.. Balik Sabah je siang malam merindui sambal nasi lemak Makcik tuh.. Memang terbaiklah sambal dia.. Dahlah pedas, ikan bilis dia bubuh beso-beso sokmo. Banyak lak tuh ! Harga pun murah. Memang berbaloilah ! Huh, kecur ayaq lioq cheq bila teringat ! Hehe
Jom tengok resepinya !


BAHAN-BAHAN :
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar 
15 tangkai cili kering ( Buang biji dan rebus )
1 cm halia
Belacan
Semangkuk ikan bilis
Sedikit air asam
Minyak
Garam
Gula

CARA-CARA MEMBUATNYA :

First step, kena blend bahan dulu. Bawang putih, bawang besar, cili kering, halia dan belacan blend kesemuanya sekali.

Dah blend sampai sebati, terus panaskan kuali, tumis sampai pecah minyak.

Kemudian, barulah masukkan ikan bilis, hirisan bawang besar kalau nak tambah lagi dan sedikit air asam. Kalau korang suka makan petai, bolehlah masukkan sekali. Gaul sebati dan masak selama 4 minit.

Last sekali, masukkan garam dan gula. Kalau taknak berkuah, boleh masak lama sikit sampai kering. Kalau nak berkuah tambahkan sedikit air atau air asam. 

Done ! Yummy :)



HOMEMADE MAYONISE

Nyumm . Mayonis nih sebenarnya favourite saya ! <3
Tapi jarang makan sebab nak beli mahal. Beli pun takkan bertahan dua tiga hari. 
Kami adik beradik memang suka mayonis. Saya suka makan kosong macam tuh je.. Tuh pasal mayonis takkan dapat bertahan kat umah nih.. Hehe :p
Btw, nak buat mayonis takdelah susah mana pun. Jom baca :)


BAHAN-BAHAN :

4 biji telur
1 sudu besar air perahan lemon @ cuka makan
4 sudu besar gula organik
Garam
1 1/2 minyak zaitun @ minyak masak biasa

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Masukkan kesemua bahan-bahan kat atas tuh dalam blender. Blend selama 15 minit.

Kemudian, masak atas kuali selama 3 minit sambil kacau. Gunakan api kecil atau sederhana kecil.

Bila dah berketul-ketul sikit, pindahkan adunan mayonis tuh dalam blender dan blend sekali lagi sehingga hancur dengan halus dan pekat. 

Done ! Simple kan ?? Tak perlulah beli mayonis lagi lepasnih. Hehe :p






Rabu, 18 November 2015


SPAGHETTI GORENG


BAHAN-BAHAN :

Spaghetti yang sudah dicelur
1 ulas bawang putih ( ketuk pecah )
2/3 sudu besar cili kisar
8/10 ekor udang
1 mangkuk kecil isi ayam
2 biji telur
2/3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sayu-sayuran ( lobak merah, kubis - dihiris nipis )
Kicap pekat secukupnya
Minyak masak
Garam


CARA-CARA MEMBUATNYA :

Panaskan 2/3 sudu besar minyak masak, masukkan telur dan goreng macam telur dadar tapi kacau supaya hancur sikit. Angkat dan ketepikan.

Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dgn api besar sekejap.

Masukkan isi ayam dan udang. Kemudian, masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Masukkan sayur-sayuran dan garam secukup rasa.

Akhir sekali, masukkan spaghetti yang sudah dicelur dan sebatikan masakan. Rasa apa yang kurang dan masak sebati sehingga kering dan sayur masak dgn lembut. 

Siap !

*Biar sejuk dulu supaya spaghetti serap semua sos. Kalau panas lagi, spaghetti masih licin, tak serap sos sangat. Tak sedap nanti :p


CARBONARA SPAGETTHI


BAHAN-BAHAN :

2 sudu kecil minyak
200 gm sosej ( dihiris nipis )
3 biji cendawan butang ( dihiris nipis )
3 ulas bawang putih ( ketuk pecah )
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekat atau susu cair
75 gm keju parmesan ( diparut )
Lada sulah
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan sosej. Masukkan bawang putih dan cendawan butang. Kacau lebih 3/5 minit, agak-agak sosej dah masak, angkat dan toskan.

Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada keju parmesan yang diparut. Masukkan sekali garam dan lada sulah secukup rasa. Agak-agak garam sebab keju parmesan dah memang masin sikit.

Panaskan kuali dalam api kecil dan masukkan mee spaghetti yang sudah dicelur bersama sosej dan cendawan butang kemudian gaul sehingga sebati. Masukkan baki keju parmesan sekali.

Siap ! :)

*Kalau nak cair atau berkuah sikit, boleh adjust dgn krim atau stok ayam. 




AGAR-AGAR BATIK 

Macam-macam jenis agar-agar yang ade sekarang kan ? Mostly, namanya berdasarkan bahan atau warna fizikal dia. And one of them, agar-agar batik. Maybe sebab warna dia yang pelbagai looks like kain batik. Kalau rupa dia macam kain pelikat, kena panggil lain pulak. Haha
Moh baca resepinye. Anyway, resepi nih ada dua bahagian. satu bahagian utama dan satu lagi bahagian inti.



BAHAN UTAMA :

10 gm serbuk agar-agar
750 ml air
100 ml susu pekat

BAHAN UTK INTI :

10 gm serbuk agar-agar
500 ml air
100 gm gula pasir
250 ml santan
Sedikit pewarna ungu, hijau dan merah @ apa saja yang korang suka.

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Satukan agar-agar bersam air dan gula pasir kemudian renehkan sehinggan mendidih.

Setelah semua sebati, masukkan santan dan kacau.

Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dgn ungu, hijau dan merah. Biarkan keras.

Apabila mengeras, potong menjadi dadu kecil dan masukkan ke dalam bekas.

Masak kesemua bahan utama sehingga sebati.
Tuang ke dalam bekas berisi agar-agar dadu. Biarkan mengeras.

Sedia utk dihidang ! 

KEK COKLAT KUKUS

Tangan rasa ringan nak share resepi kek pulak. Kek nih selalu buat dgn adik. Actually, tolong-tolong adik buat. Saya tak seberapa expert sangat bab mem'baking nih. Saya lagi suka tumis menumis. Haha
Anyway, lets start ! :)


BAHAN-BAHAN :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin ( dicairkan )
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, minyak/ marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlaha supaya ia larut dgn sekata. ( Campuran pertama )

Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat
Pukul telur sehingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur.

Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Sapukan marjerin pada loyang . Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang.

Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat. Kukus selama 1 jam.

*Jangan lupa tutup loyang dgn aluminium foil supaya wap tidak terkena pada kek.

BAHAN TOPPING :

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
Manik-manik utk hiasan

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk. Kacau perlahan sehingga larut. Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih. Sejukkan sebentar sebelum dituang ke atas kek coklat kukus. Dah sejuk boleh taburkan manik ikut sukalah.

Sedia utk dihidang !

 Enjoyy :)



ASAM PEDAS IKAN


BAHAN-BAHAN :

6/8 ekor ikan ( kembung, pari, cencaru, @ ikan lain yg sesuai )
Sayur bendi/ terung ( kuantiti ikut selera korang )
2 batang bunga kantan
5/7 helai asam keping
Daun kesum
Garam secukup rasa
Gula

BAHAN KISAR :

10 biji bawang merah 
5 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 genggam cili kering

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Masukkan semangkuk air dan renehkan sehingga mendidih.

Bila dah mendidih, masukkan ikan, bendi dan terung. ( Pastikan ikan & sayur tenggelam dlm kuah, klu tak, tambahakan air. ) Renehkan dlm api sederhana besar sampai kuah mendidih.

Bila dah mendidih, kecilkan api, masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping dan secubit gula.

Biarkan api kecil selama 10 minit, rasa asam pedas yang sedap ialah masam dan amsinnya terasa. Masin sikit pun takpe, sebab nanti boleh makan dgn nasi.

Sedia utk dihidang !

*Semua bahan perasa : garam, asam keping dan gula masukkan akhir sekali terutama sekali bila guna ikan pari. Isi ikan pari boleh jadi keras klu asam keping dan garam dimasukkan awal-awal. Enjoyy :)







AYAM BAKAR BERSALUT EMPINGAN JAGUNG RANGGUP


BAHAN-BAHAN :

2 keping dada ayam ( dipotong memanjang )
2 biji telur
4 cawan Cornflakes
1 sudu besar daun ketumbar ( dicincang )
1 sudu besar minyak
4 sudu besar tepung gandum
Lada hitam
Garam

Bahan A : Perapkan ayam dgn garam dan lada hitam.
Bahan B : Pecahkan telur dan tambahkan minyak.
Bahan C : Gaulkan Cornflakes dgn daun ketumbar.
Bahan D : Tepung gandum. 

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Gaulkan Bahan A dgn Bahan D.

Celupkan Bahan A ke dalam Bahan B.

Gaulkan dalam Bahan C.

Susun dada ayam yang sudah bersalut di dalam tray yang dialas dgn kertas minyak.

Bakar dalam oven selama 15 minit pada suhu 200 darjah.

Pusingkan ayam dan bakar lagi selama 15 minit.
Sedia utk dihidang !

*Sedap dihidang bersama sos atau mayonis. Enjoyy :)

AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS


BAHAN- BAHAN :

1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dgn garfu )
1 sudu kecil lada hitam
2 cm halia
2 biji bawang putih
1/4 bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1.2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Blend bawang besar, halia, bawang putih dgn sedikit air sehingga hancur. Kemudian masukkan dalam bekas dan campurkan dgn gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam. 

Masukkan ayam dan letakkan mayonis, gaul sebati dan perap dlm peti ais selama 2/3 jam.

Setelah 2/3 jam berlalu, bolehlah dibakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit.
Sedia utk dihidang !

*Kalau perap lagi lama, lagi sedap ayam bakar nih. Enjoyy :)



KENTANG PUTAR ALA KFC


BAHAN-BAHAN :

10 biji kentang ( dibuang kulit & dipotong kiub saiz sederhana )
1 sudu kecil lada hitam ( ditumbuk halus )
1/2 cawan susu segar
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Rebus kentang dengan sedikit garam.
Setelah empuk, toskan air rebusan dan lenyek sehingga hancur sekata.
Kemudian, guna hand mixer dan putar kentang sehingga menjadi smooth.
Sambil putar, masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

UTK SOS ALA KFC

650 ml air
Chicken stock ( saya guna brand Maggi )
1 biji bawang besar ( cincang halus )
1 batang saderi ( cincang halus )
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Kicap pekat
Garam

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar sehingga mendidih. Renehkan dalam 10 minit kemudian tapis ke dalam mangkuk.

Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil dan pastikan tidak melekat pada tepi periuk.

Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak bergentel.

Masukkan sos tomato, sos tiram dan beberapa titik kicap pekat. Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.

*Masaklah ikut pekat mana yang korang nak. Bila masukkan garam, rasa dulu sebab stok ayam dan sos tiram dah memang masin sikit. Enjoyy :)




TOM YAM 


BAHAN-BAHAN :

Ketam seekor dua
Udang 20 ekor ( buang kulit & belah tengah bahagian dalam )
Sotong 5 ekor ( belah 2 & hiris supaya bergulung cantik )
Jagung muda
Kubis bunga
Tomato
Lobak merah
Limau nipis
3 biji bawang besar ( dihiris )
3 biji bawang putih ( ketuk pecah )
1/2 inci halia ( ketuk pecah )
1/2 inci lengkuas ( ketuk pecah )
3 batang serai ( ditumbuk )
3 helai daun limau purut
3 helai asam keping
8 biji cili padi
4 sudu tomyam paste
4 sudu tomato purree
Daun ketumbar utk ditabur
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA :

Didihkan air di atas periuk. Masukkan tomyam paste dan tomato purree. Gaul sebati dan terus masukkan bawang, halia, asam keping, lengkuas, cili padi, garam dan serai. Terus adjust rasa, masam/masin dan pedasnya. Agak-agak puas hati, baru masukkan ketam, sotong dan udang.

Kemudian, daun limau purut, tomato, lobak merah, jagung muda dan kubis bunga. Sambil tuh rasalah kuah kot-kot nak tambah apa-apa. Bila sayur dah masak, matikan api. 

Dah siap, sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar yang diracik mayang. Boleh perah air limau diatasnya. :)

*Siapkan kuah dulu utk mengelakkan bahan-bahan basah overcooked.
Tomato purree utk nampak lebih merah dan cantik.
Lengkuas/ daun ketumbar ( resepi orang Thai )






Selasa, 17 November 2015


LEMPENG PISANG



BAHAN-BAHAN :

1 ½ cawan tepung
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk penaik
Emas 4-6 biji pisang dikupas dan lecek
1 cawan santan
½ cawan air
½ cawan minyak masak untuk salut

BAHAN UNTUK BUAT SIRAP GULA MELAKA ( TOPPING )

200g gula melaka
2 sudu besar gula, 
sedikit garam
2 daun pandan, diikat
 1 cawan air

Campur semua bahan, kecuali minyak, untuk membuat adunan. Tambah air jika korang nak konsisten yang nipis untuk membuat penkek nipis. Ketepikan adunan selama 30 minit.

Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak. Sendukkan adunan ke atas kuali mengikut saiz yang korang nak dan ratakan. 

Kemudian, flip lempeng ke bahagian sebelah dan masak selama tiga minit lagi.

Hidangkan dengan sirap gula melaka.

Untuk membuat sirap, masak semua bahan-bahan tuh sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api, biarkan ia mereneh sehingga sirap menjadi pekat dan kacau dari semasa ke semasa.

Enjoyy :)

CHOCOLATE PUDDING

Resepi nih sesuai untuk korang yang suka makan dessert tapi nak kekal ramping sebab TIADA GULA, tambahan pula dessert nih tak menggunakan bahan pemekat seperti kuning telur, jadi untuk korang yang mengamalkan vegan or dairy-free and raw lifestyle pun boleh buat !



BAHAN-BAHAN :

1 biji avocado masak ranum ( kulit sudah hijau gelap - coklat )
1/4 cawan serbuk koko ( boleh digantikan dengan serbuk koko hot chocolate buat anak-anak )
3/4 sudu besar madu
1/4 cawan santan sawit ( saya guna Santan Wangi Salwa )
Sedikit vanilla

* Jika mahu yang lebih pekat, boleh dikurangkan santan dan jika mahukan yang lebih runny, boleh tambah liquidnya.

CARANYA :

Masukkan kelima-lima bahan diatas ke dalam blender dan zass sampai semuanya bercampur mesra sehingga sekata dan smooth. Scrape down the inside of the blender untuk pastikan semuanya blend dengan sekata.

Sedia untuk dihidang !

* Boleh ditapis untuk pastikan tiada lumps atau ketulan yang tidak hancur. Korang pon boleh tambah perasa tambahan seperti peanut butter, taburkan coklat wafer or anything korang suka ! Enjoyy :)