IMAM AL- MAHDI
Sejak dahulu hinggalah
ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi
perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat sesetengah golongan
umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara
setengah pihak pula (Ahlus Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai
Al-Mahdi, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa
yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang
dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.
Bagi menjelaskan
siapakah sebenarnya Al-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para
ulama Islam yang mukhtabar dan diakui kesahihannya. Diantara kitab-kitab
tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi
Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami,
At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan
Al-Allamah AsSyaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan
Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya
yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana
yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.
Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah
sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi
adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa
Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut didalam
hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya :
' Telah berkata Ali
sambil memandang puteranya Hassan, ' Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid
sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir
seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam
perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.'
Hadits ini telah disahkan oleh para ulama diantaranya Al-Manawi didalam
kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al
Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad
Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah
Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.
Didalam kitab Naqdul Manqul m/s 8O, pengarang kitab tersebut memetik kenyataan
lbnu Qayyim Al-Jauziyah, ' Kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi
adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.'
Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu
Daud), memetik kenyataan Al-Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa
hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah
SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud
juzu’ II m.s 374 dan 382)
Tersebut didalam kitab Hasyiah As-Sabban m/s 137, bahawa riwayat yang
mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara didalam kitab Al-Iza’ah m/s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan
AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.
Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan
Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang
berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan
Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari
keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha'if. Ini adalah sebagaimana
kenyataan yang dibuat oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.
HADITS TENTANG AL-MAHDI
1. Dari Jabir bin
Abdullah ra katanya : ' Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sentiasa ada dikalangan umatku golongan yang berperang diatas
kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi : ' Kemudian turun Isa binti Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin
mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isa menjawab,
tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat
ini (umat Islam) . ( Hadtih riwayat Muslim )
2. Dari Ali bin
Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : 'Al-Mahdi itu dari ahlul bait,
Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam.' ( Hadith riwayat Imam Ahmad. )
3. Dari Dzar dari
Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : ' Sekiranya dunia hanya tinggal
sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga
bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang
namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan
keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.' ( Hadith
riwayat Abu Daud dan Tarmidzi. )
4. Dari Abu Said
Al-Khudri ra berkata : ' Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunnahku, Allah
menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya bumi
dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh
tahun dan akan berada di baitul Maqqdis. ( Hadith riwayat At-Tabarani )
5. Dari Aishah ra
katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : ' Al-Mahdi itu seorang lelaki dari
cucuku, ia akan berperang atas sunnahku seperti aku berperang atas wahyu.' ( Hadith riwayat Na'im bin Hammad )
6. Dari Said bin
Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, ' Aku telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda : ' Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu
Fatimah. ' ( Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i,
At-Tabarani dan Al-Hakim )
Namun, tidak terdapat
hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan Al-Mahdi, tetapi terdapat dua
atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin Syuzab berkata,
' Sebab ia dinamakan
Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di gunung negeri Syam. Ia
mengeluarkan dari gua gunung tersebut lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi
berhujah melawan orang-orang Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka
akhirnya kalah. Maka salah satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.' Atsar ini diriwayatkan oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.
Daripada Ka’ab bin Alaqamah berkata,
' Sebab dinamakannya
Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu perkara yang telah hilang, dia
mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab Taurat dan
lain-lain).' Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya Al-Fitan.
Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan didalam kitabnya
Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa Al-Mahdi dilahirkan di Madinah
Al-Munawwarah serta dibesarkan disana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya,
berlakulah satu peperangan yang besar diantara penduduk Madinah dengan
tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah
mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah
datanglah orang dari berbagai-bagai negeri kerana berbai’at dengannya disuatu
tempat iaitu diantara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.
Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan didalam hadits yang diriwayatkan
oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah Al-Yamani.
Diantara
tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:
1. Pecah Sungai
Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.
2. Gerhana bulan pada
awal malam daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan
Ramadhan.
3. Gerhana bulan dua
kali dalam bulan Ramadhan
4. Naik tanduk dilangit
umpama beberapa gigi.
5. Naik bintang yang
berekor yang cerah disebelah timur
6. Zahir api yang besar
dari timur selama tiga malam atau tujuh malam
7. Zahir kelam pada
langit.
8. Zahir merah pada
langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah ditepi langit yang biasa.
9. Seruan yang umum dari
langit kepada sekalian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi
telah zahir.
10. Tenggelam
kampung Khrastan didalam negeri Syam (Syria).
11. Diserukan daripada
Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar
oleh ahli bumi daripada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga,
orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di
atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.
12. Zahir jemaah dari
lelaki atau kuda didalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang
menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai
sehingga mengalir darah diatas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).
13. Zahir banyak gempa
bumi.
14. Datang dua seruan
dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan daripada langit dengan
katanya, ' Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang
bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.' (Dan seruan kedua) iaitulah
seruan syaitan dengan katanya, ' Ketahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar
pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari keluarga Isa.' (Lihat AdDuratun
Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)
Setengah-tengah
ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai Al-Mahdi. Al-Mahdi yang
mereka maksudkan ialah pemimpin-peminipin Islam yang adil selepas Rasulullah
SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,
' Tetaplah kamu dengan
sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).' ( Riwayat Abu Daud dan
At-Tarmidzi )
Berpandukan hadits
ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah ada yang menentukan seseorang
sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi Muntadzar sebagaimana yang
disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.
Hassan Ibrahini Hassan dalam kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m/s 407 menyebut
dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, ' Bahawa Al-Mahdi
yang dikatakan oleh beberapa ulama’ didalam kitab-kitab mereka ada beberapa
orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir zaman.'
Al-Imam Ahmad
Hanbali sendiri pernah menyebut, ' Bahawasannya Umar bin Abdul Aziz tidak syak
lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah Al-Mahdi yang akan keluar diakhir
zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang mendirikan kebenaran dan kebajikan.' (sila
lihat kitab Naqdul Manqul m/s 78-79)
Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai
Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir
zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka
atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382).
Waullahu'alam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan