KISAH AINUL MARDHIAH BIDADARI SYURGA
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain. Maksud Ainul Mardhiah ialah mata yang diredhai. Suautu pagi dalam bulan puasa, ketika Nabi memberi targhib ( berita-berita semangat dikalangan sahabat untuk berjihad dan berdakwah untuk agama Allah ), katanya :
' Sesiapa yang keluar dijalan Allah tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari syurga.'
Mendengar berita itu, seorang sahabat yang usianya muda ingin bertanya bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi SAW dan sahabat-sahabat yang lain. Namun, dia tetap memberikan nama sebagai salah seorang yang akan keluar dijalan Allah SWT. Sebelum zuhur, sunnah Nabi SAW akan tidur sebentar ( Qailullah ). Sahabat tadi bermimpi berada disuatu tempat yang indah. Dia bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan mukayang berseri-seri. Lalu sahabat itu bertanya, dimanakah beliau berada ? Lalu ada suara menjawab, inilah syurga . Sahabat tadi menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah. Lalu ditunjukkan disuatu arah, maka berjalanlah sahabat itu. Disuatu pepohonan, beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat kecantikkan yang sebegitu, tidak pernah dilihat didunia. Lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya,
' Adakah kamu Ainul Mardhiah ? '
Lalu dijawab,
' Bukan. Saya penjaganya. Ainul Mardhiah ada disinggahsana. '
Lalu beliau berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang wanita yang kecantikkannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi, dilihat sedang mengelap permata perhiasan didalam mahligai. Sahabat tadi memberi salam lalu bertanya,
' Adakah kamu Ainul Mardhiah ? '
' Adakah kamu Ainul Mardhiah ? '
Lalu wanita itu menjawab,
' Bukan, saya hanya penjaganya. Ainul Mardhiah ada diatas mahligai sana. '
' Bukan, saya hanya penjaganya. Ainul Mardhiah ada diatas mahligai sana. '
Lalu sahabat tadi naik anak tangga mahligai permata itu. Kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Sehinggalah sahabat ini sampai ke satu mahligai didalam syurga dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda kecantikkannya dari wanita pertama dan kedua tadi. Dan tidak pernah sekali dilihat didunia.
' Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. '
Apabila sahabat tadi mendekati wanita itu, seraya wanita itu berkata ,
' Nanti. Kamu belum syahid lagi. '
' Nanti. Kamu belum syahid lagi. '
Tersentaklah sahabat tersebut lalu dia terjaga dari tidurnya. Kemudian dia menceritakan mimpinya kepada sahabat yang lain. Dan meminta jangan diceritakan kepada Nabi SAW. Apabila dia syahid, barulah diceritakan kepada Baginda. Petang itu, sahabat tersebut bersama sahabat-sahabat yang lain dan disertai Nabi SAW telah keluar berjihad dijalan Allah SWT. Dan akhirnya, sahabat tersebut mendapat syahid. Petang itu juga, ketika semua pulang ke masjid, semasa menunggu untuk berbuka puasa, Sahabat kepada sahabat yang syahid itu pun menceritakan mimpi sahabat syahid itu kepada Nabi SAW. Dan Nabi SAW berkata ,
' Memang benar cerita sahabat kamu itu. dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga. '
Masya Allah ! Demikianlah kisah Hauratul Jannah Illahi ini. Waullahu'alam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan